
yana.jaafar646
4 tahun
Gatal di bahagian Anus
Saya gadis 20an saya mengalami kegatalan selama seminggu bermula dari bahagian anus dan sekarang merebak ke bahagian vagina.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada bahagian punggung serta kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Pruritus ani - punggung tidak bersih
- Penyakit kulit seperti ekzema
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.