
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian belakang dan leher
Saya terasa gatal di bahagian belakang badan dan leher saat ingin berolah raga.Adakah hal ini berpunca daripada kulit yang kering.saya juga ingin mengetahui cara mengubati masalah kulit kering

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa gatal di bahagian belakang badan dan leher. Untuk makluman anda, masalah kulit gatal boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kulit kering : Pelembap yang baik biasanya boleh membantu memperbaiki kulit kering. Kulit yang sangat kering boleh menjadi tanda amaran bagi dermatitis. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar dermatologi untuk membantu mendapatkan kelegaan dan memastikan keadaan tidak menjadi semakin teruk.
- ekzema
- alahan
- hives
- sebab-sebab lain: parasit, gangguan saraf
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih