
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian bola penis dan terdapat luka hampir seminggu tidak sembuh apakah puncanya?
Pada awalny saya mengalami gatal gatal pada bahagian bawah bbola penis dan lama kelamaan dia menjadi luka.disebabkan saya garu, apakah jenis ubat if i can buy thorugh over the counter ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain-nanah)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.