Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian celah kangkang dan
Saya leleaki 15 tahun dan ada biji putih yang menyebabakan gatal di bahagian celah kangkang dan ada biji putih di bahagian perut dan tangan, apakah penyakit tersebut Dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini **DoctorOnCall**untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan gatal di celah kelengkang anda seperti:
- Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh banyak seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki.
- Ruam haba kerap berlaku apabila peluh berlebihan dan saluran peluh tersumbat.
- Atopic dermatitis atau ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik. Ia biasanya bermula di siku dan lipatan lutut tetapi boleh merebak ke merata-rata badan. Tanda-tandanya termasuk kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah.
- Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu mengunjungi doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat dan rawatan yang sesuai.
Bagi masalah biji yang anda katakan, maklumat yang anda berikan tidak cukup maka kami tidak dapat memberikan sebarang jawapan mengenainya.
Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































