
hazwani.rahman994
5 tahun
Gatal di bahagian mata dan pipi
Saya 25 tahun, saya sering gatal2 di bahagian mata dan pipi. Adakah saya alergik? Ataupun disebabkan cahaya dpd gadget? Gatal2 ni bkn sehari dua jadi, ianya kerap berlaku, dkt 2 @ 3 minggu juga ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Sebaiknya anda jelaskan lebih lanjut tentang lesi dan perubahan kulit yang terjadi dan kondisi kulit anda seperti kering dan sebagainya. Untuk makluman anda, gatal dan merah di muka secara umumnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jerawat
- erythrasma akibat jangkitan
- ptyriasis versikolor atau dikenali juga sebagai panau
- ptyriasis alba
Memandangkan gejala ini dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi tentang kesesuaian ubat tersebut melalui atas talian. Terima kasih.