
Sulit
3 tahun
Gatal di bahagian punggung sehingga menyebabkan punggung menjadi hitam apabila kerap mengaru
Saya wanita berumur 27 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah gatal di bahagian punggung. Kerap terjadi gatal yg teramat sgt di celah peha dan punggung. Saya pernah ke klinik dan doktor memberi ubat jangkitan kulat dan krim mulanya hilang rsa gatal namun sekrang ia terjadi lagi. Apa yg perlu saya buat doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Kulit keirng
- Ekzema
- Alahan terhadap bahan kimia
- Penjagaan kawasan sekitar punggung yang kurang bersih
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor atau berjumpa dengan pakar kulit supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.