
ainmansor8602
5 tahun
Gatal Di bhagian faraj Dan lepuh seperti terbakar
Saya wanita umur 33 tahun saya ada paka iucd baru2 ni saya ada mengalami gatal2 yg teruk Di bahagian faraj sehinga jadi kemerahan mengelupas seperti terbakar, ada ketulan kemerahan tapi tidak banyak seperti jerawat. 3 bulan sebelum trjadi nye masalah ini, period sye mula tidak teratur, saya mengalami sporting selama semingu sblum period sebenar, kemudian mengalami masalah keputihan seperti susu yg amat gatal Dan berbau Sekarang saya kerap pening kpala rasa lesu badan kerap mengigil kaki tangan sejuk, ada kah saya mengalami masalah penyakit kelamin, Dan apakah jenis penyakit itu n rawatan seterusnya… Sebab sebelum nj sya pnh pg buat pep smear result normal… Sekarang ni sya menderita masalah gatal yang teruk doc… Sya mohon bantu an dari doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di faraj serta discharge berbau dan berwarna boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.