
Sulit
3 tahun
Gatal di bhg alat sulit
Saya wanita berumur lingkungan 20an,masa zaman sekolah saya pernah mengalami sakit kulit yg boleh dikatakan agak teruk which is gatal2 di bhg celah kelangkang, xtahan gatal saya garu sampai lah kesan garu tu jadi parut atau kesan hitam. Boleh doc suggest any cream atau apa2 yg elok untuk cerahkan balik dkt bhg gelap kesan daripada garu ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit dan pigmentasi.
Antara punca-punca berlakunya pigmentasi pada kulit adalah kerana:
- Jerawat
- Trauma pada kulit
- Penyakit Addison
Bagi mengatasi masalah kulit dan pigmentasi anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!