
Sulit
4 tahun
Gatal di celah kelengkang dan dubur
Saya wanita berumur 22 tahun, sejak zaman sekolah lagi saya selalu berasa gatal di celah kelengkang dan ia merebak sehingga ke dubur. terdapat banyak kesan yang digaru dan meninggalkan kesan hitam. ketika berpeluh saya akan berasa gatal sehingga menyebabkan saya garu cepat cepat. cara untuk atasi masalah ini macam mana ye? terima kasih

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.