
Sulit
3 tahun
Gatal di celah paha sampai kulit bertukar menjadi wrna pink
Saya wanita yg berumur 24 tahun,dh berkahwin…saya mengalami gatal celah peha sampai satu masa geram…saya alami masalah ini dh hampir 3 tahun…mula2 menjadi kegatalan ini ada satu masa tuh naik butir kecil-kecil di celah peha…sampai sekarang kegatalan berterusan…mcm2 cara dh buat tetap gatal…gatal di celah paha sampai kulit bertukar menjadi berwrna pink sakit yg teramat bila nk garu…macam mana nk atasi masalah saya nih…tiba2 gatal dan pedih…masa tidur pon tetap gatal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kulit kering
- Ekzema
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis kepada bahan kimia
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Saranan kami buat masa ini adalah:
- Menggunakan pelembap di bahagian gatal tersebut untuk mengurangkan rasa gatal
- Membasuh pakaian dan cadar katil dan memastikan ia kering sebelum digunakan
- Menyalin pakaian sekiranya anda berpeluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.