
Sulit
4 tahun
Gatal di faraj dan keputihan warna pucat di vagina
Hello saya berusia 30thun saya mengalami kegatalan di faraj dan keputihan yg berwarna pucat… sudah pernah menggunakan ubat tapi tetap balik bahkan haid pun dlm sebulan 2 kali

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah keputihan, seperti:
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Cervicitis
- Jangkitan kelamin (sifilis, gonorea)
- Radang organ pelvis
- Jangkitan salur kencing
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah keputihan. Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ia mengganggu anda dan tidak berkesan dengan ubat yang pernah digunakan.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi. Terima kasih.