
Sulit
4 tahun
Gatal di kemaluan dan merahh
Saya lelaki berumur 27. Saya mengalami gatal di kemaluan dan di ujung kemaluan saya ada merah. Apa tu ruam atau sakit apa?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kegatalan yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
- Jangkitan menular seksual yang lain
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera