
Sulit
5 tahun
Gatal di kuli buah zakar dan kulit di kelangkang merah dan kering. Saya telah guna ubat Elomite dan Fusicort masih x ada perubahan
Saya berumur 52 tahun Gatal di kulit buah Dakar telah bertahun dan dalam 7 ke 8 bulan kulit di kelangkang merah gatal2 dan kering. Fokus pada kerja terjejas kerana sering rasa gatal apabila berpeluh. Tolong bantu saya dan kalau perlu gambar saya akan hantarkan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di daerah celah paha atau kelengkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ulang kurap di celah kelengkang adalah:
- Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
- Mengelakkan memakai seluar yang ketat
- Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
- Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
- Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya
Memandangkan anda telah pun mulai pengubatan, dikhuatiri elomite dan fusicort bukanlah ubat yang dapat menangani penyebab diatas. Justeru, bagi mendapat rujukan doktor dan agar dapat didiagnosis dengan benar, silakan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.