
liyanakhairuddin11
5 tahun
Gatal di muka dan merah
hai saya berumur 19 tahun, muka saya gatal gatal dah merah. apahakah perlu saya lakukan? blh kah saya gunakan econazine di muka? dan untuk hilangkan merah tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal dan merah di muka boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jerawat
- erythrasma akibat jangkitan
- ptyriasis versikolor atau dikenali juga sebagai panau
- ptyriasis alba
Merujuk kepada ubat econazine, sebetulnya ubat itu adalah untuk membunuh kulat dan mengurangkan gatal. Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor untuk memastikan kesesuaian ubat tersebut dengan kondisi kulit anda
Memandangkan gejala ini dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi tentang kesesuaian ubat tersebut melalui atas talian. Terima kasih.