Sulit

5 tahun

Gatal di punggung waktu period

saya berumur 22,baru² ni waktu period punggung terasa gatal…boleh saya tau kenapa ye doktor perkara ni berlaku…

saya tak tahu kenapa??
tak pernah jadi macam ni…

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada punggung. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca oleh beberapa perkara seperti:

  • Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh banyak seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk kegatalan, ruam bersisik, kemerahan dan perasaan membakar terutamanya selepas digaru.
  • Ruam haba kerap berlaku apabila peluh berlebihan dan saluran peluh tersumbat. Faktor-faktor yang mengakibatkan ruam ini adalah seperti pakaian ketat dan penggunaan krim tebal. Ia juga biasanya berlaku di kawasan yang sering tergeser seperti paha dalaman. Ia boleh hilang sendiri jika kulit terjejas disejukkan.
  • Atopic dermatitis atau ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik. Ia biasanya bermula di siku dan lipatan lutut tetapi boleh merebak ke merata-rata badan. Tanda-tandanya termasuk kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah.
  • Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.

Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Berdasarkan keterangan anda bahawa kegatalan tersebut muncul pada waktu haid, anda disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan dengan cara sering menukar tuala wanita (setiap 6 jam) bagi mengurangkan gejala ini. Namun, sekiranya gejala ini bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang tepat setelah punca sebenar telah dikenalpasti. Maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.

Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

AdobeStock_61969809

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)