
Sulit
5 tahun
Gatal di saluran kencing
Salam sejahtera doktor. Saya berumur 30an, dalam seminggu ini saya berasa tidak selesa dan gatal-gatal pada saluran kencing iaitu hujung zakar dan terdapat sedikit cecair jernih sedikit keluar melalui salur zakar. Saya telah cuba makan ubat yang dibeli secara online iaitu Doqua, tetapi tidak berkesan. Mohon nasihat doktor mungkin bantuan jenis perubatan berkaitan penyakit ini. Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal pada salur kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
Saluran kencing tersumbat
Lebih-lebih lagi apabila gejala muncul setelah berhubungan seksual dan turut dirasakan oleh pasangan anda, adalah amat digalakkan untuk memeriksakan kondisi anda ke doktor agar penyakit tidak memburuk dan menjadi parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.