
ainn97893
5 tahun
Gatal dimuka ataupun jangkitan kulit
Selamat petang doktor, saya ain. Saya mengalami gatal gatal dimuka bulan 11 tahun lepas Dan saya kena chicken pox jugak masa tu. Tapi gatal gatal kat muka saya tu. Makin Lama makin teruk sampai awal tahun ni. Saya dah pergi banyak klinik dengan hospital tapi tak baik jugak. Cuti raya tahun baru cina haritu, ahli keluarga saya bawa saya pergi hospital. Doktor cakap Yang saya mengalami jangkitan. Dan alhamdullilah saya dah okay lepas makan ubat antibiotik . Tapi sekarang gatal gatal tu jadi balik. Dia naik biji putih , berair Dan bekeruping kuning. Kenapa ye doktor? Macam mana saya nk rawat gatal gatal ni ye?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
- Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
- Kehamilan
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.