
Sulit
5 tahun
Gatal elergi yang tidak dapat dikenalpasti punca
Saya berumur 31 thun pada tahun ini. Sejak beberapa bulan lalu bermula bulan november. saya sering mengalami kegatal pada kulit dan naik bintik2 merah dan bengkak. Saya telah merujuk kepada klinik kesihatan dan klinik swasta. Namun doctor tidak boleh menerangkan pengakit saya. Dan kata nya ini perkara biasa. Dan alergi biasa. Saya akan mngalami kegatalan ini bermula pkul 6ptg slalunya berlarutan ke pagi esok hari. Jika saya mkn ubat alergi pada pkul 7 gatal tersebut tidak akan muncul. Hampir setiap hari saya gatal shingga kita.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan
- urtikaria (cuaca boleh menyebabkan kegatalan ini)
- ekzema
- psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.