
Sulit
4 tahun
Gatal gatal dan jerawat badan
Saya perempuan awal 20an , mengalami gatal2 pada seluruh anggota badan dan mengalami jerawat badan pada bahagian belakang badan & menyebabkan kesan sehingga susah untuk hilang.jadi apakah langkah saya perlu saya ambil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biasanya masalah jerawat boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus jerawat. Bagi mengatasi masalah jerawat anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.