
Sulit
4 tahun
Gatal gatal dan melecit di celah kelenkang miss v
Doktor , saya mengalami gatal gatal di celah kelengkang miss v . kadang-kadang dia ikut hari sekejap gatal sekejap tidak . Ade satu masa gatal sangat sehingga saya garu sampai merah dan melecet . setiap kali saya pakai pad ataupun tk pakai . Boleh dikatakan setiap minggu mesti alami masalah gatal tersebut . Apa ubat yg sesuai ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda mengalami masalah gatal di celah paha anda dan mencari rawatan yang sesuai. Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Bagi mengatasi masalah gatal anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan kulit gatal. Antaranya:
Jangkitan kulat
Ekzema: biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Bagi setiap punca, rawatan adalah berbeza. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.