
liyanakhairuddin11
5 tahun
Gatal gatal dan merah di muka
mukaaa sayaa gatal gatal merah di pipi kiri, dan di bahagian bawahnya berwana putih. apakah boleh econazine untuk muka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala gatal pada muka anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat atau jeragat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Alahan - pada produk pencuci muka atau sentuhan
- Penyakit auto-imun seperti SLE
Penggunaan Econazine adalah untuk melawan jangkitan kulat. Sekiranya anda tidak mempunyai diagnosis ini, anda tidak disarankan untuk menggunakan ubat ini kerana ia boleh menerukkan keadaan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.