
nhaizarazali98
5 tahun
Gatal gatal dan ruam di bahagian kulit
Saya mengalami gatal2 di bahagian pelipat siku, kaki dan lutut serta belakang lutut… Ruam2 merah juga timbul. Akibat terlalu gatal, saya garu dan makin lama menyebabkan kawasan sedemikian jadi tebal Dan berwarna gelap. Adakah ia merupakan penyakit kulit? Adakah ubatnya boleh didapati di kedai farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkannya.Antaranya ialah:
Kulit kering
Eczema
Kurap
Alahan – ubat ataupun makanan
Maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan sebelum kesimpulan dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.