
Sulit
3 tahun
Gatal Gatal dan Ruam Merah pada Kulit
Saya perempuan 17 tahun mengalami masalah kulit gatal gatal terutamanya di bahagian dada dan leher ketika selesai mandi . Sekiranya saya berpeluh , saya turut mengalami gatal gatal di bahagian tersebut . Kulit saya akan menjadi merah di kawasan yang gatal . Jadi saya ingin tahu , adakah saya mengalami alergik peluh atau alergik sabun atau penyakit lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa sebab untuk berlakunya kegatalan pada tubuh badan. Antaranya ialah;
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca anda mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada anda untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!