Sulit
5 tahun
Gatal-gatal dan ruam pada wajah
Saya wanita yang berusia 40 tahun. Beberapa minggu ni saya menghidap kegatalan dan ruam pada wajah. Bermacam pil gatal dan selsema telah saya makan, tapi macam tak berkurang juga, malah bertambah teruk. Apakah pil2 yg saya makan tu dah imun?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Dermatitis
- Reaksi alahan terhadap ubat-ubatan yang diambil
- Jangkitan virus seperti Herpes Simplex Virus
- Chicken pox
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































