
Anonymous
6 tahun
Gatal-gatal di alat sulit
Saya wanita dalam 20’an mengalami masalah gatal-gatal di bahagian alat sulit. Adakah ia berpunca dari masalah kulit? Atau kuman? Ada solutions yang tak untuk hilangkan gatal-gatal ni. Kerana saya sudah mengalaminya sejak tahun lepas lagi.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan ruam di pangkal paha anda seperti:
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi jangkitan adalah penggunaan antibiotik, penukaran tahap pH vagina kerana darah haid, air mani, tahap kebersihan diri yang kurang memuaskan, pembilasan faraj (douching), kehamilan dan penyakit diabetes mellitus. Contoh jangkitan faraj adalah seperti:
- Vaginosis bakteria
- Vaginitis Candida
- Vaginitis trichomonas
Kadangkala jangkitan lain seperti, gonorrhoea dan chlamydia boleh menyebabkan simptom-simptom yang anda alami. Benda asing misalnya, tampon yang dilupakan juga boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan.
Bagi wanita yang mengalami menopaus, vaginitis atropik adalah punca biasa. Sebab lain yang luar biasa termasuk kanser faraj, kanser pangkal rahim dan kanser endometrium. Kegatalan dan keputihan juga mungkin disebabkan oleh reaksi hipersensitiviti kepada irritant seperti minyak wangi, tuala haid, sabun dobi, spermisida, krim vagina atau pelincir, kondom lateks, kontraseptif faraj dan diafragma.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.