
apihzol92
5 tahun
Gatal-gatal di badan
Selamat sejahtera doctor… Saya wanita berusia 23 tahun… Saya mahu bertanya tenang keadaan gatal-gatal di badan saya… Sebelum ini saya tidak penah mengalami penyakit seperti ini. Selepas berkahwin dah mempunyai seorang anak gatal-gatal ini muncul di badan saya… Pada mulanya timbul bulatan kecil di badan… Tapi lama kelamaan makin banyak dan hampir ke seluruh badan… Saya sudah menCuba ubat-ubat gatal yang di beli oleh suami di formasi berdekatan… Tapi masih tiada perubahan… Harap doctor dapat membantu saya cara-cara untuk mengubati penyakit gatal saya ini dah apakah punca ya…

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Rasa gatal adalah gejala yang kita semua alami. Walau bagaimanapun, gatal boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain. Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan
- Hives - adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih