
Sulit
5 tahun
Gatal gatal di bahagian
saya ada masalah kurap di bahagian kelangkang. dari sekolah rendah sehingga sekarang. saya guna krim creobic untuk kurangkan rasa gatal tapi ada masa gatal tak hilang. dan macam mana cara nak hilangkan parut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, gejala yang terjadi yaitu gatal celah kangkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat masalah bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian
- candidiasis sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis masalah autoimun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.