
nurafiqah1362
5 tahun
Gatal-gatal di semua bahagian kulit
Saya berumur 18 tahun. Saya mengalami gatal2 terutamanya di kaki,lengan,belakang badan. Yang peliknya gatal ini ada masanya utk datang. Ada masanya utk tidak berasa gatal. Pernah juga kulit di bhgn lengan saya secra tiba tiba timbul biji biji yg amat banyak berkumpul di satu tempat. Agak seram bila dilihat tetapi ia hilang pada keesokan harinya.
Di bhgn blkg badan saya pula timbul benjolan kecil merah dan berasa gatal. Adakah itu jerawat badan?
Sejak tahun lepas saya alami masalah ini.Pernah ke klinik dan diberi ubat sapu. Apabila disapu ubat tersebut,gatal2 mula reda tetapi akan dtg balik apabila ubat sudah tiada kulit.
Sehinggakan bahagian lain badan saya terpaksa saya garu kerana tidak tahan gatal sehingga berbekas .
Adakah ia normal?Apa yg patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan pada makanan atau persekitaran
- ekzema
- psoriasis
- alahan pada ubat-ubatab
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.