
iqbalzakaria97
2 tahun
Gatal-gatal keluar bintik merah
saya iqbal berumur 22 tahun saya telah mengalami gejala gatal yang menyebabkan kulit saya keluar bintik merah yang sangat gatal dan kulit tangan dan kaki saya menjadi kering bersisik, mengelupas, dan gatal. apa yang saya dapat kesan gejala ini berlaku apa bila saya konsum makanan seperti telor, daging, ikan. saya kurang pasti adakah ianya gatal scabies atau alergik pada makanan. dan saya ingin mengetahui apakah makanan yang saya boleh konsum. kadang kala saya menjaga pola makan saya tetapi gejala ini tetap hadir daripada itu saya pelik apa sebenarnya penyakit yang saya alami… mintak bantuan doktor untuk penjelasan ini terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami kesan allergik pada makanan tersebut. Buat sementara waktu, anda cuba kurangkan pengambilan makanan tersebut. Jika keadaan ini berterusan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara waktu anda boleh sapu losyen calamine atau ubat yang boleh didapati di farmasi yang memerlukan preskripsi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.