
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal pada kaki, paha dan lengan
Hai doktor. Masalah yang saya alami ialah gatal-gatal pada kaki, paha & tangan sehingga meninggalkan parut, luka & berdarah. Saya telah berjumpa dengan doktor berdekatan dan dimaklumkan bahawa penyakit gatal ini disebabkan oleh bahan kimia. Namun, saya sendiri keliru kerana setahu saya tidak pernah saya menggunakan sebarang bahan kimia. Walau bagaimanapun, setelah beberapa hari, saya mendapati kegatalan ini berlaku disebabkan oleh racun serangga penghalau nyamuk yang telah digunakan. Ini kerana, sewaktu racun serangga penghalau nyamuk digunakan, terdapat titisan yang banyak yang keluar dari pemuncung ke tangan saya. Namun, saya tidak mengalami kegatalan ketika itu. Bahkan juga, racun serangga yang digunakan sudah tamat tempoh. Soalan saya, adakah bena racun serangga penghalau nyamuk boleh menyebabkan kegatalan yang teruk jika terkena pada kulit? Adakah juga ia berpotensi untuk pulih seperti biasa? Kerana sehingga kini saya masih berasa gatal walhal telah diberi ubat tablet & krim. & bagaimanakah cara untuk saya hilangkan parut kegatalan yang sangat ketara. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, penjelasan tentang simptom gatal anda terlalu sikit untuk membuat kesimpulan. Namun, terdapat beberapa punca am untuk kegatalan kulit.
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau bahan kimia
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sila awasi simptom yang anda alami dan jika berlarutan dan disertai dengan gejala berikut, anda dinasihati untuk pergi ke fasilit kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan:
- Bengkak
- Berubah warna biru kehitaman
- Sakit
Ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor supaya dapat membuat pemeriksaan dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.