
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal perut dan lengan selepas consume ubt diet
sy berumur 31 tahun . sy mengalami gatal2 pada perut lengan dan rasanya sangat sampai ke kaki . sampai keluar bendul . sy rasa ianya terjadi lepas saya minum kopi langsing , atau mungkin saya menyapu losyen panas diperut dan lengan sy . sy pun xtahu mcm mana yg terjadi sama ada gatal dlm atau luar kulit . rasanya merenyam .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda masalah kegatalan kulit atau pruritus ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kulit kering
- Alahan dermatitis akibat peluh, fabrik, sabun dan lain lain
- Jangkitan kulat
- Kencing manis
- Penyakit buah pinggang kronik
- Penyakit hati
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.