
Sulit
5 tahun
Gatal-gatal seluruh badan
saya telah mengalami gatal-gatal dari bahagian lengan dan sekarang telah merebak ke leher dan juga seluruh badan hingga ke peha. selama tempoh itu saya hanya bergantung kepada Aiken Antibacterial Talc dan ianya mengurangkan rasa gatal dalam setengwh jam dan tidak sembuh-sembuh. Apa yang harus saya lakukan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai sebab kepada masalah kegatalan kulit seperti:
- Ekzema
- Urticaria
- Scabies
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.