
Sulit
5 tahun
Gatal gatal seluruh badan
Saya berusia 20an dan mempunyai masalah seperti jerawat badan yg agak teruk pada bahagian belakang dan menyebabkan tanda yg susah hilang dan gatal2 pada 1 anggota badan termasuk pasa bahagian breast. Untuk body wash saya telah menggunakan dettol dan telah menggunakan krim yg diberikan oleh doctor dari klinik, jadi apakah langkah yg perlu saya ambil lagi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda telah berjumpa dengan doktor bagi masalah anda ini. Sejujurnya, konsultasi dengan pihak kami adalah terhad berbanding dengan mereka.
Saya tidak pasti berapa lama sudah anda mengamalkan ubat yang doktor anda berikan. Mungkin ubat tersebut mengambil masa untuk berkesan. Sekiranya anda sudah habis menggunakan ubat tersebut tetapi masih tiada kesan, saya cadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor yang merawat anda lagi bagi mengatasi masalah ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatang yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.