Sulit
4 tahun
Gatal-gatal seluruh tubuh badan
Assalam & Salam Sejahtera.
Doc, saya tiba-tiba sahaja mengalami gatal2 seluruh badan tanpa diketahui punca kerana pemakanan dan rutin saya sama seperti kebiasaan. Saya sudah diberi ubah alahan, kriklm sapu, ubat gatal yang seperti diberi ketika saya selsema. Namun tiada perubahan. Saya jugak telah diberikan suntikan untuk tahan gatal sebanyak dua kali tetapi masih juga tidak berkesan.
Baru-baru ini saya ada membeli ubat di Farmasi dan ahli Farmasi memaklumkan ubat berkenaan agak ‘kuat’ iaitu ubat desloratadine tablet tapi jugak hasilnya tetap sama. Tiada tanda2 pengurangan. Malah setiap kali menggaru akan berdarah hampir setiap tempat. Usia saya 40an. Mohon bantuan doc apa rawatan sesuai…
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gatl-gatal.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh mengatakan apakah rawatan yang sesuai tanpa mengetahui apa punca sebenar kepada masalah gatal-gatal ini. Pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui punca, seterusnya rawatan boleh dijalankan.
Oleh itu, saya sangat mengesyorkan anda untuk kembali ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan oleh doktor terlebih dahulu. Saya yakin doktor tersebut akan membantu anda sebaik mungkin.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.


































