Sulit
5 tahun
Gatal-Gatal seperti Ruam
Saya seorang wanita berusia 32 tahun… saya obesiti… saya mengalami masalah gatal seperti ruam sejak seminggu yg lalu… dan telah merebak diseluruh badan… ruam terasa mencucuk dan tidak selesa bila baring… Pedih ketika mandi… sejak minggu lalu saya mengalami perpeluhan yang banyak akibat cuaca yang panas… Adakah ruam ni bahaya kerana telah merebak ke bhgn peha… belakang… pinggul… dada… bahu… tetapi tidak kena dikawasan pelipat… saya bercadang mau ke farmasi bdekatan… ubat apa yang perlu saya dapatkan… TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca ruam pada tubuh, seperti:
- Ruam panas
- Alahan terhadap cuaca, makanan atau habuk dan serangga
- Alahan kulit terhadap bahan pencuci
- Jangkitan virus atau bakteria
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Bagi mengetahui punca ruam yang anda hadapi, sila rujuk ke klinik terdekat. Anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik kesihatan atau swasta berdekatan anda, dan bayaran yang dikenakan biasanya bergantung kepada jenis penyakit, ujian dan ubat yang diperlukan. Bayaran di klinik kerajaan biasanya adalah lebih rendah berbanding swasta.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































