
Sulit
4 tahun
Gatal kulit berwarna merah berlarutan selama setahun
Salam sejahtera doktor. Pertanyaan untuk masalah yang dihidapi oleh mak saya yg berumur 57 tahun. Beliau mempunyai masalah gatal pada kulit. Gatal tersebut berwarna merah. Gatal ni telah berlarutan selama hampir setahun. Selepas mandi, rasa gatal akan semakin teruk. Setakat ni beliau menyapu krim untuk mengurangkan rasa gatal. Gatal ni menyebabkan aktiviti harian mak saya sedikit sebanyak terganggu. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah ini. Sekian terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang anda hadapi iaitu kegatalan dan kulit merah. Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Pemakaian produk yang tidak sesuai
- Alahan kepada persekitaran seperti berpeluh
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kuman/ kulit
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.