
Sulit
3 tahun
Gatal Kulit Di Badan & Leher
Sy berumur 32 tahun,mengalami gatal pada awal tahun 2020 sehingga sekarang…dimana sy mengalami gatal awal tahun smasa mengambil ubat tibi selama 6bulan…bila rasa gatal sy mkn ubat dah sapu cream…reda dua tiga hari kemudian jadi balik…terkadang di badan bila garu terasa panas di bahagian gatal trsebut…boleh syorkan apa ubat & krim yg elok serta mknan apa yg perlu sy hindari…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kegatalan pada badan yang bermula pada awal tahun apabila anda mengambil ubat untuk penyakit TB. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegatalan dan ruam adalah antara kesan sampingan ubat untuk rawatan TB. Kemungkinan ia yang menyebabkan masalah anda. Walaubagaimanapun, ubat untuk rawatan TB masih perlu diteruskan dan seperti yang anda memaklumkan, anda telah menggunakan ubat sapu untuk meredakan kegatalan tersebut. Selain itu, reaksi alahan pada makanan, ubat ataupun sesetengah produk badan juga boleh menyebabkan kegatalan. Kami tidak dapat memberikan anda nasihat yang tepat mengenai rawatan untuk masalah kegatalan anda tanpa mengetahui puncanya. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor kami agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!