
Sulit
4 tahun
Gatal² kulit pada waktu malam
Saya mengalami gatal pada badan dan timbul benjolan di kulit , saya hanya mengalaminya pada waktu malam sahaja, saya dah makan ubat dari farmasi dan sapu calamine lotion , tetapi hari² berikutnya masih mengalaminya lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.