
Sulit
5 tahun
Gatal Kulit tangan dan kaki
Hai sy berumur 25 thun … sejak 2 hari ni saya tiba tiba rasa gatal di bhgaian tangan dan kaki … bila saya garu akan keluar bintik-bintik merah kecil …pling teruk kena bila nak tidur … boleh terang kan kenapa benda ni terjadi … sbb sblum ni sy hanya mkan makanan yg biasa sy makan saje…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal serta kemerah-merahan seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.