
Sulit
5 tahun
Gatal mata dan sinus
Saya berumur 20 tahun. Mata saya selalu gatal dan merah apabila terkena debu dan cuaca yang panas sejak saya berumur 16 tahun . Power mata saya meningkat hampir 100 setahun. Hanya saya sahaja yang rabun dalam keluarga saya. Pelbagai cara yang telah saya lakukan termasuklah melakukan rawatan resdung dan berjumpa dengan doktor pakar. Tetapi tidak berkesan. Sekarang ini apabila mata saya gatal, mata saya akan merah, pedih, tekak saya akan ada kahak dan saya akan selsema serta demam. Sekarang ini saya hanya bergantung kepada ubat titik hydration sahaja. Keadaan ini berlaku hampir setiap minggu. Apakah yang perlu saya lakukan? Perlukah saya membuat pembedahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan-keluhan yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergy and atopic seperti akibat allergic conjunctivitis dan allergic rhinitis
- Non-allergic sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk secara berterusan
- Infection - jangkitan lapisan dalam mata ataupun hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan yang diatas yang mendasari keluhan anda. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.