
syasyarahim5060
4 tahun
Gatal pada badan setiap hari
Assalamualaikum mak saya alami gatal pada badan sehingga pernah dimasukkan ke hospital dan sekarang mak saya alami gatal yg sama lagi setiap hari kadang berlaku pada malam hari dan kadangkala pada siang hari adakah disebabkan monopoues ? Kerana gatal yang dialami tidak diketahui puncanya. Mak saya hanya makan ubat selsema jika tidak tahan gatal. Dan terbaru dia akan gatal pada muka dan kepala di badannya akan naik juga biji² gatal tetapi sedikit ada kala biji gatal tidak naik tetapi tetap merasa gatal apakah yang harus sya lakukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal dan kering yang anda alami ini boleh disebabkan:
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.