
Sulit
5 tahun
Gatal pada bahagian Anus dan saluran
Doktor anus saya berbiji dan gatal. Saya sudah berjumpa doc dan diberi ubat makan dan ubat sapu axcel fungicort cream. Masih juga gatal dan tidak juga kelihatan biji pada anus berkurangan. Biji seakan wart sudah mula memasuki saluran anus saya dan apa yg perlu saya lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jika rawatan tidak efektif, doktor mungkin perlu memberi diagnosis lain ataupun menukarkan jenis ubat. Jika masalah anda disebabkan oleh buasir, komplikasi buasir mungkin sedang berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.