
Anonymous
5 tahun
Gatal pada buah zakar
Saya lelaki berumur 20’an saya ada masalah gatal pada buah zakar Dan Ada macam jerwat.Adakah ini disebabkan hubungan sek

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin
- Cyst
- Masalah kulit
Untuk penyakit kelamin untuk berlaku, salah seorang antara 2 pasangan seksual harus mempunyai jangkitan tersebut. Namun begitu, penyakit kelamin boleh merebak melalui transfusi darah yang tercemar atau pekerja-pekerja bidang kesihatan yang terdedah terhadap bahaya kecederaan tertusuk jarum (needle stick injury, NSI).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum diagnosis boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.