
Sulit
4 tahun
Gatal pada jari kaki
selamat pagi dok, saya ingin bertanya,apa yang saya alami sejak sept lalu, dimulai dengan gatal pada satu jari kaki kini gatal telah mjangkit di jari sbelah menyebelah. Setelah digaru,ia akan terbentuk biji-biji kecil berisi air. Saya telah mncuba ubat kurap air, ubat anti-scabies, namun sperti tiada perubahan utk sembuh.Boleh dok terangkan punca dan ubat yg perlu saya cari? terima kasih atas maklumbls dok…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat .Terima kasih.