Sulit
3 tahun
Gatal pada kemaluan dan keputihan berbau
Salam sejahtera doctor, Saya remaja berumur 18 tahun, belum berkahwin, tidak pernah melakukan apa ii hubungan seks, tetapi menghidapi gatal ii dan membengkak pada bahagian kemaluan dan keputihan bewarna kuning kehijau-hijauan dan berbau busuk dan keputihan kerap keluar dalam keadaan berketul dan kerap jugak keluar lelehan air seperti keputihan yg berbau, juga tidak pernah berjumpa dgn mana ii doctor pakar atau doctor kerajaan kerana malu… Sudah hampir setahun lebih Saya menanggung penyakit ini… Mohon bantu Saya mengenal pasti, menjelaskan dan mencari jalan penyelesaian utk penyakit ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gatal pada kemaluan dan keputihan berbau. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Bagaimanapun, kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih