Sulit
6 tahun
Gatal pada Kemaluan miss V
Doktor nak tanya. Saya umur 20 tahun dan 4/9 kemaluan saya mula gatal. Dan 19/9 kemaluan saya mula keluar keputihan yang berketul. Dan gatal semakin teruk. Normal ke bagi remaja 20 tahun seperti saya kena penyakit gatal ini. Apa boleh saya buat untuk penyakit ini. Dan apa punca saya dapat penyakit gatal ini. Gatal dia bahagian kemaluan dan keputihan yang putih berketul bila saya buang air. Bentuk fizikal kemaluan saya juga sedikit berubah.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, kegatalan kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
Jangkitan kulat yang dikenali sebagai ‘thrush’ disebabkan oleh organisma Candida Albicans.
- Organisma ini hidup pada kulit di sekitar faraj atau vagina dan biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, kulat boleh membiak dengan sangat cepat, terutamanya jika kawasan itu hangat dan lembap. Apabila ini berlaku, kulat mungkin masuk ke dalam vagina dan menyebabkan gejala seperti gatal-gatal.
- Gatal-gatal di bahagian vulva
‘Pruritis vulvae’ sering disebabkan oleh tahap estrogen yang lebih rendah menyebabkan kulit vulva menjadi kering dan nipis. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal, kesakitan dan terasa panas di bahagian kemaluan.
- Iritasi kulit
Gatal kemaluan boleh disebabkan apabila seseorang terdedah kepada perengsa atau alergen, di mana kulit di sekitar kemaluan dan pangkal paha akan mengalami inflamasi. Orang yang mempunyai kulit sensitif mungkin bertindak balas terhadap:
- Sabun yang wangi, losyen, minyak wangi
- Serbuk pencuci pakaian, peluntur kain, pelembut kain, pewarna kain
- Produk feminin seperti semburan kebersihan vagina atau ‘douch’, pad haid, krim vagina
- Pakaian ketat seperti seluar jeans,seluar nilon yang ketat, serat sintetik
- Terdedah kepada sarung tangan getah, tisu tandas, kondom,
- Keadaan kulit
- Psoriasis
- Ekzema
Keadaan-keadaan kulit ini selalunya akan memberi kesan terhadap bahagian-bahagian lain di tubuh badan, bukan hanya alat kelamin.
- Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI )

































