
wnmusfirah98
4 tahun
Gatal pada kepala dan badan
Hi doktor, sy fyra. Nk tanya, ayah saya ada gatal2 di kepala, dan timbul tompok2. Prgi jmpe doktor, doktor bagi ubat sapu. Lpas ltk ubat, dia kering dan gelumpas. Lpas tu gatal n timbul balik. Makin lama makin merebak, skarang dah naik dkt badan. Dh byk kali pergi klnik mkn ubt still x mnjdi. Ade doktor ckp badang, ade dktor ckp kulat. Sy x pasti apa pnyakit sbenar. Minta sedikit penerangan, tq doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal serta kemerah-merahan seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.