
Sulit
4 tahun
Gatal pada tempat tertentu
Saya mengalami masalah kegatalan pada tempat tertentu seperti di kaki, tangan, bahagian sulit, paha, ketiak. Paling membimbangkan saya adalah saya mengalami masalah kegatalan ni dah lebih sebulan & kegatalan itu hanya kerap di bahagian sulit & berlaku pada setiap hari, tengah malam sekitar jam 1-4 pagi. Saya telah minum ubat yg doktor berikan tapi malangnya tiada apa2 perubahan. Apa saya perlu buat ya untuk mengurangkn rasa gatal sebab dah tak tahan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap bahan yang digunakan oleh losyen atau sabun
- Skabies
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Psoriasis
- Dermatitis
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Selain berjumpa dengan doktor, anda juga perlu melakukan beberapa perkara ini:
- Sentiasa membasuh cadar tilam anda
- Sekiranya anda tidur menggunakan toto, jemur di bawah matahari
- Memastikan pakaian anda bersih
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kulit
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.