Sulit
2 tahun
Gatal pada zakar & peha, bintik-bintik putih terbentuk di zakar
Saya lelaki dalam 20an, rasa gatal di zakar dan terlihat 2-4 bintik-bintik putih mula terbentuk sejak 3 hari lepas yang menyebabkan kegatalan pada zakar & paha , tidak rasa sakit ketika sentuh & membuang air kecil, adakah bintik-bintik putih tersebut berbahaya ? Dan bagaimanakah cara-cara untuk menghilangkannya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bintik putih pada zakar dan kegetalan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat pada kemaluan, jangkitan kulit sebab kebersihan kurang memuaskan, alahan pada pakaian atau produk pembersih, kecederaan kulit zakar dan selainnya. Kejadian ini amat umum, tidak semestinya berbahaya, kami perlu mengetahui puncanya sebelum memberi rawatan kepada anda.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.