
joksaling
5 tahun
Gatal seluruh tubuh badan dan beberapa kali ke klinik kesihatan di beri ubat cream sapuasih lagi doktor
Anak saya berumur 9 tahun dan isteri saya 48 tahun mengalami gatal seluruh badan dan nak tahu punca dan rawatannya dah masuk tiga minggu kami sekeluarga mengalami gatal ni doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Scabies
- Pepijat (bed bugs)
Gejala antara kedua-dua punca sama dari segi kegatalan yang mudah merebak dan memerlukan rawatan menyeluruh serta terperinci. Kain tilam, katil, bantal, baju, tuala, sikat rambut dan barangan rumah jenis kain seperti sofa perlu dibersih dengan air panas dan bahan pencuci kimia. Jika gejala masih berterusan, anda mungkin perlu mendapatkan tilam dan bantal baru.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.